Biasa dengarkan? Bahkan anda mungkin biasa menlontarkan kepada orang disekeliling kan? Contohnya; 'Tak nampak pun, nampak muda la.' 'Matang lah dia'. Macam-macam lagi la ayat yang ada. Kering idea saya. Perah..Perah sampai kering..
Koma
Seorang lelaki yang saya kategorikan dia sebagai adik datang (sebenarnya saya datang kepadanya) ke pejabat untuk mempromosi barang dagangan yang sah di Malaysia dan telah mendapat jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia. Comel adik ni bila saya perhatikan, iras Hafiz AF (lupa musim ke berapa) kerana rambut yang kembang persis Hafiz. Dia pun tak segan mengakuinya. Ikut kamulah dik oii.
Selesai isi butir-butir peribadi saya diarahkan menimbang berat badan dan ukur ketinggian yang langsung tidak layak berdiri sebahu dengan Nasha Aziz. I miss u Nasha. Maka bermulalah sesi menilai hasil dapatan tadi. Tinggi: tak perlulah di ceritakan. Cukup seadanya. Berat: owh hingga sekarang masih fikirkannya. Bagaimanakah caranya hendak tambahkan supaya mendapat berat yang ideal. Saya bukan kategori Anaroxsia. Adik itu menasihatkan saya supaya makan lebih protien. Pandai adik ni, macam pakar dalam bidang menjaga pemakanan sahaja. Entah-entah dalam hatinya tak sabar-sabar nak suruh aku beli barang tu.
Layankan sahaja adik ni, kang kecil hatinya. Masuklah ke bab dalaman. upsszzz bukan kisah dalam kain ye. Adik tadi membuat pernilaian dari timbang ajaibnya, sebab tiada dalam pasaran tau. Kerana boleh tahu kandungan air dalam badan. Lemak tepu dalam badan dan usia organ dalaman kita. Rasa nak cilok bawa balik je.
Kandungan air dalam badan cukup. Part ni best dan suka aku rewend dalam kepala ni. Umur akak sekrang 24, umur organ seperti orang berusia 18 tahun. W0www!! Mudanya.. rasa nak melompat kijang je masa tu. habis dia terang itu ini, aku sambung buat keje yang penuh semeja.
Kadang-kadang ramalan mata kasar aku ni ada juga betulnya, tak payah guna penimbang ajaib tu boleh juga tengok usia dalaman seseorang dengan luaran je kan...
0 comments:
Post a Comment