Gatalnya tekak ni. Bila batuk macam-macam rasa ada, rasa masam, manis, masin, 3 rasa pun ada (bohong semata-mata). Payah nak tafsir batuk gatal tekak ni. Kering semacam je. Sampai terjelir-jelir lidah lah dibuatnya. Perlukah ke pejebat esok menggunakan penutup mulut. Halamak dah macam ada jangkitan Tibi pula. Tak mengapa dan jangan risau, setiap kali saya batuk, akan cepat-cepat tutup mulut guna tudung periuk. Besarkan...Kurang la kuman nak merebak berterbangan bebas.
Isnin. Bagaimana wujudnya istilah 'MONDAY BLUES'. Asalkan je hari isnin ada sahaja yang menghadapi simptom ini. Apakah korang ni ada alahan hari ke. Tapi kalau hari Jumaat semuanya senyum 360 darjah. Memang bagus Jumaat, sempena dengan pengetahuan aku adalah Penghulu segala hari. Tapi bukan semua yang ada matlamat ini, semuanya suka sebab-sebab.. masa berkerja yang pendek. Waktu rehat yang panjang. Silap-silap nak layan 1 movie pun lepas.
Kalau di Mall, penuh la kumpulan-kumpulan perempuan bersiar-siar yang tak rasa bersalahkan. Kadang-kadang dorang ni ada yang tak sedar diri keluar awal dari masa, masuk ke pejabat lewat dari masa yang diputuskan oleh Perkeliling.
0 comments:
Post a Comment