Tuesday, September 30, 2008

SYAWAL 1429H

Posted by take5shopOn9 at 6:44 PM
menjelang hari raya berakhirnya puasa..kini tirai ramadhan bakal melabuh pergi meninggalkan seluruh umat islam sebulan mengutip mutiara ibadahNya. maha suci Allah yang menjadikan manusia dimuka bumi ini. doa dan harapan agar kita semua dapat menikmati ramadhan pada masa akan datang dan dipanjangkan umur jua kesihatan. amin ya Allah..

beberapa minit lagi waktu berbuka, takbir pun bergema. masa nie lah para keluarga sibuk di dapur dan sekitar rumah. uwan mana tak sibuk meghondang. atuk mano tak sibuk cokau ayam tak pun buek lomang anak menantu nak balik begahyo. dalam sibuk menyediakan persiapan raya jangan la lupo bayar petoghah (fitrah). hebok dek ghayo yo..yang wajib di abaikan. tak elok la perangai tue. dalam masa nie pun omak2 ado yang sibuk siapkan pelbagai juadah untuk makan esok pagi. lomang, ketupek, ghondang, macam2 lagilah. seronok dapat meraikan raya bersama keluarga tercinta. ingatlah mereka yang tersayang sebelum kehilangan..

telepon tangan aku asyik menjerit dengan pesanan ringkas yang diterima dari kenalan. semuanya memberi ucapan selamat hari raya maaf zahir batin. tahun nie sekeping kad pun aku tak dapat. memang padan la muka sebab aku pun tak kirim pada mereka. zaman dah berubah dunia dah maju..betulah kata iklan tue. semua nak senang dan cepat hantar sms pun ok pengganti kad ucapan. semua ada cara tersendiri. apa2 pun aku ucapkan terima kasih kepada yang sudi hantar sms pada aku. insyAllah akan aku balas semuanya pada malam ini. surelah jam line mxs. huhu.

teringat zaman aku kecik2 dulu. best gile raya zaman era 80an-90an. mercun bunga api sanatapan wajib selepas berbuka. meletup sana sini berlawan lak dengan jiran sebelah rumah, depan belakang rumah nak tahu mercun siapa paling hebat bunyinya. bagi ibu2 yang mempunyai anak kecik memang mengamuk giler la sebab anak2 dorang melalak tak dapat tido. hahah. peduli apa kitorang janji puas meletupkan suasana kampung. master mind mendapatkan bekalan mercun along aku. memang hebat tiap2 tahun ada je bekalan. padahal dalam tv ada je rampasan. hebat la along demi adik2 tersayang. penuh la halaman rumah aku dengan kunjungan kawan anak2 jiran sebelah rumah. kitrong berlari main bunga api sampai berlari sejauh 2, 3 buah rumah jiran. aku sempat main meriam tin guna kabait. meriam buluh tak sempat sebab takde yang nak turunkan ilmu tu. rasa puas dan hebat je dapat main semuanya. sekarang nie sebab faktor umur tak lah sangat mempengaruhi tapi mungkin kawan2 sepermainan dah ramai yang berhijrah kuar dari kampung so payah la nak bermain bersama2 macam dulu kala. zaman aku dulu g beraya bukanlah duit raya objektifnya tapi suasana beraya kunjung mengunjung itu yang aku inginkan. habis round 1 kampung g beraya dengan akak2 aku. kembung la perut makan kuih raya minum air sirap (masa tu air sirap yg glamer). aku nie dah la jarang balik kampung taklah kenal sangat orang2 kampung nie. bile g beraya dapat la aku kenal mereka, tapi lupa semula.

bile raya nie macam2 lah program di tv. melambak sampai juling biji mata nak pilih channel mana yang nak tengok. benda2 macam nie lah yang tak menggalakkan orang sekarang kuar beraya. semua enjoy lepak depan tv. sampai aku pun kadang terpengaruh dengan tv. ayah pun penah membebel ngan aku kenapa tak beraya, sanggup tengok tv semata2. betullah kata ayah. raya 1 tahun sekali, masa nie lah nak berkumpul dengan saudara mara, keluarga. bile g beraya dapat la merapatkan hubungan yang dah lama tak berhubung.

bagi pasangan yang baru atau telah lama mendirikan rumah tangga. jangan lah buat muka tapir depan keluarga mentua sebab raya tahun ni tidak dapat bersama keluarga sendiri. memanglah beraya dirumah sendiri best..lebih2 lagi dapat showoff pasangan depan ahli keluarga (yang baru kahwin) hehhe. pandai2 la bawa berbincang dengan pasangan bila mengundi giliran beraya di mana. anggap sahaja setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. sesape yang kene beraya di rumah mentua pandai2 la atur program supaya jadual di kampung sendiri dapat dipanjangkan..korang janganlah ikut aku lurus2. aku belom ada pengalaman berdua dengan mentua. pandai2 korang. yang penting jangan malukan diri dengan muka tapir dipagi raya..

aku mesti sedar diri sebab asgment aku lom sampai ke hujung. pas raya nak kene submit. ampun maap en rahim & dr Z klu delay..

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei