Friday, June 8, 2012

Siapa Longkai

Posted by take5shopOn9 at 1:49 AM
Longkai. Tidak sempat hendak rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 maksud sebenar Longkai. Bagi aku ini pertama kali dengar. Sekali dengar seakan-akan loghat Negeri Sembilan "klokai" = selesaikan. Makluma ini aku dapat semasa berbicara petang bersama rakan tentang kereta. Entah kenapa petang yang terik berbahang gaya cool bincang hal kereta yang cuma sedikit pengetahuan aku tentang kereta.

Jika anda adalah pemandu kenderaan di jalan raya, sudah pastinya perasan dengan situasi ini.

Kes 1:
Anda cool memandu kereta, sambil melayan 'Suriafm' untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang dirancang. Seperti yang kita tahu, manusia hanya merancang. Kenderaan anda tiba-tiba menghadapi masalah. Lalu tersadailah di tepi jalan. Tidak sampai 20 minit akan tiba seseorang individu menawarkan perkhidmatan (bukan urutan batin :p). Mungkin dalam keadaan panik. Mungkin tiada tempat mengadu. Mungkin berserah pada si polan tadi. Si polantadi tidak lah datang sendirian, tetapi bersama tow truckers (penarik kereta). Cepat je sampai benda alah ni kan!

Kes 2:
Cik Leha (bukan nama sebenar) excited hendak ke Utara untuk makan kenduri. Dalam perjalanan subuh hening tanpa sarapan (rancangan nak sarapan di RnR yang berhampiran), kereta yang dipandu telah dirempuh sebuah kereta besi buruk. Pemandu yang merempuh itu dikatakan mabuk. Mujur Cik Leha berada 'di lane' ketiga. Kereta besi buruk berpusing 360 darjah darab 2. Mujur tak berlubang highway. Belum lagi darah naik ke muka datang lah si polan (orang lain pula).

Dan banyak lagi kes kejadian melibatkan longkai dan pemandu kenderaan. Menurut sumber longkai ini akan berlumba-lumba menghampiri mangsa yang selamat yang tidak selamat urusan paramedic. Pandai betul sales marketing. Tujuan buat begitu, nanti kenderaan yang remuk akan dihantar ke bengkel. Untuk makluman, longkai ni biasanya kerja sindiket. Kereta besi buruk + tow truckers + bengkel = claim insurans beriban.

Berhati-hati walau dimana anda berada.

2 comments:

CIK TOM on June 10, 2012 at 1:23 AM said...

1st time dgr longkai sbb cik tom org trganu..

nanar0ck on June 11, 2012 at 11:07 AM said...

cikTom : kreatif kan mereka ni create nama Longkai. Ganu di mana? minggu ni nanar0ck nak ke Ganu :)

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei