Seperti telah kami rancang, kami ni bertiga orangnya iaitu Kak Pah ketua kontinjen, Kak Azah pengiring dan aku si pemandu. Gembira hati selepas mendapat 'green lite' dari boss besar semalam.
Pepagi sampai pejabat semua dah siap dengan senarai keperluan yang nak dicari. Akak berdua ni berkobar-kobar nak memulakan misi yang dirancang. Sebelum itu, mesti siapkan tugasan barulah boleh 'chaw chin chaw'.
Aku pun layankan je semangat mereka berdua. Ini pun rasa macam awal je lagi. Sampai je, seronok pilih itu ini maklum la belum ada sesak dengan orang ramai. Masing-masing mulakan dengan operasi memilih dan mengira.
:: Pink- Kak Pah; Biru-Kak Azah::
Azam akak berdua tahun ni nak membuat kuih raya hasil dari air tangan mereka. Tiap-tiap tahun nak beli tak syiok la kan. Sesekali buat sendiri mesti enjoy. Selamat mencoba!!
::almaklum sahaja, mereka banyak rumah hendak 'difara'id'::
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment