Sunday, June 19, 2011

Kami bergabung lagi

Posted by take5shopOn9 at 11:06 AM

Kedatangan ke penempatan lama atas urusan peribadi yang tak jauh dari tempat perjumpaan. Memang teruja sangat,berbulan lama tak jumpa kaki-kaki soksek. Sampai berebut-berebut nak lontarkan cerita itu ini, takut ada yang terlepas dari bahan terkini.

Dasar perhubungan akrab asal jumpa segala benda nak jadi isu. Sampai di dalam jamban pun nak bersuara,punyalah tak mahu ketinggalan. Odah kembang dah kembali ke pangkal jalan. Makin kembang dia. Bahagia kot menjadi tunangan. Alhamdulillah.

Rancangan tak diduga dek akal jiran-jiran kami, memanjat ke Look Out of Point dengan van vanette. Seperti akuarium bergerak dijalan raya. Malu dengan brader yang memandu kereta idamannya disebelah kami apabila berhenti di lampu merah,kuning,hijau.

Mendaki melihat keindahan lampu-lampu yang ada di Kuala Lumpur sambil ada iringan muzik yang best. Terberangan seketika, indahnya jika dalam suasana romantis ini, ada...camgini situasinya..will u marry me? Would u be my princess??


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei