Tuesday, March 8, 2011

Tamparan Wanita

Posted by take5shopOn9 at 9:27 PM
Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa!
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita

Haaah ambil kau tamparan wanita. Agaknya kalau kena penampar ni macam penampar Jepun ke? Ibaratnya tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Hebatnya wanita dari tangan sampai ke tapak kaki semua ada kelebihan. Maka wujudlah hari yang diraikan untuk menghargai insan bernama W.A.N.I.T.A. Heboh betul pasal sambutan hari Wanita ini, rupanya ada yang prihatin dengan hari seumpama ini. Sejak akhir-akhir ini pelbagai hari ada sambutannya. Kenapa baru sekarang aku perasan? Adakah selama ni duduk bawah tempurung yang tak tahu apa-apa tentang dunia. Maklum sahaja sekarang HI-TECH dan globalisasi, mudah sahaja mendapat liputan mengalahkan ahli mesyuarat tingkap.

Owhh hari ini genap 100 tahun sambutan hari wanita. Dah beratus tahun ye. Tak la aku heran kerana sedikit pun tidak menjejaskan kehidupan aku. Bahagia disamping keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran sihat tubuh badan itu yang aku hargai. Siapa agaknya pengasas anniversary of International Women's Day. Jika anda rajin gunakan aplikasi Google untuk mencari. Saya kurang masa setakat ini (vitamain M terlebih la).

Jika diamati kita sebagai wanita sangat banyak kebaikan dan kelebihan telah dijadikan Allah dimuka bumi ini. Rasulullah SAW, bersabda “Dunia adalah kesenangan sementara. Dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita (istri) shalihah.” (HR.Muslim). Mudahnya hendak senang didunia, namun berapakah bilangannya kini. Adakah boleh dihitung dengan jari atau sebanyak butiran pasir di pantai. Dalam keghairahan sambutan ke 100 tahun ini, hati aku terusik dengan wanita-wanita ini.

Inilah yang kita banggakan dengan adanya Khadijah yang merupakan wanita pertama yang memeluk Islam? Lantas bagaimana dengan Sumayah, syahidah pertama dalam Islam? Lantas bagaimana pula dengan ‘Asma yang begitu belia, namun beliau berani mengantarkan makanan ke Gua Tsur tempat Rasul dan ayahnya berisitirahat dalam perjalanan menuju Yatsrib? Tidakkah para wanita patut bangga ketika mengingat Ummu Imarah yang berdiri bertahan dengan setia dalam Perang Uhud ketika sahabat yang lain sedang merasakan ketakutan? Bagaimana dengan A’isyah yang menghafalkan dan meriwayatkan banyak sekali hadits dari Rasulullah saw? Dan pada saat peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah terjadi, adalah nasihat dari seorang wanita yang bisa mendamaikan kaum muslimin. Apakah perasaan Siti Fatimah Azzahra menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam yang dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Qurraish. Adakah para muslimah pada masa ini bangga terhadap mereka?

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei