Baru sahaja balik bertemu seorang kawan yang telah dikenali hampir 2 tahun di alam maya dan tadi baru bersua muka. Pelik kah? Entah bagi aku biasa, seperti telah lama berkenalan dan kenal antara satu sama lain. Hendak dikatakan kami sering berhubung tidak pula, hanya sesekali jika ada perkara yang dibincangkan.
Lebih penting, perkenalan kami berlanjutan disebabkan adanya urusan perniagaan antara kami. Aku ada menyimpan hasil keuntungan dia dengan jumlah yang banyak. Semua itu adalah perjalanan yang telah dirancang. Lama aku menyimpan amanah ini, hari ini dia datang untuk mengambilnya.
Dia datang berteman yang mungkin akan menjadi teman hidupnya tidak lama lagi. Aku harap pertemuan tadi, agar luput dari memorinya kisah antara kami. Kita hanya merancang.
Jauhnya pertemuan kami, antara Shoubro dan Malaysia. Gembira dapat bertemu setelah lama merancang dan akhirnya hari ini telah ditetapkan oleh DIA.
0 comments:
Post a Comment