salam hijrah kepada pelawat & pembaca kalian. masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru ISLAM 1431H. mudah-mudahan kalian tergolong dalam orang yang beriman dapat bersama membaca doa akhir & awal tahun islam (seperti ceramah yang aku tonton pagi tadi). al- maklum sahaja kan, mungkin ada hati yang meronta-ronta, punggung tak sedap duduk akibat mahu menonton perlawanan akhir bola sepak negara kita menentang Vietnam di Sukan Sea. tahniah buat pasukan negara. tidak bermakna ibadah kita lalaikan. sekadar berkongsi:-
setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…
Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
0 comments:
Post a Comment