sunyi je suasana keadaan poli seminggu ni. nyaman otak pagi bila berjalan. sabtu & ahad yang indah aku amie & piah lalui. berjalan dan merayau sekitar johore bahru kemudian ke batu pahat parit sulong.
tugasan pertama sungguh seronok walau penat berganda. EOS 1000D di lanyak berhabisan. majlis perkahwinan FAT -brespren amie- di sebleah pihak lelaki sungguh aku teruja. bahasa yang mereka gunakan sungguh unik untuk aku faham. setakat kiraan 1-10 mungkin aku msh faham. tapi apabila keluar perkataan lain boleh 'jam' otak aku. makanan yang dihidangkan aku bagi A. sebabnya aku enjoy makan hidangan kenduri orang Javanese.
d'best entertainment secara live aku tengok ialah barongan. sebenarnya aku takut sangat ngan binatang menyerupai merak. besar sangat. tapi buat-buat cool walaupun aku rasa nak menjerit lari lintang pukang. namun demi tugasan aku gaya ala 'pro'.
sekarang menunggu tugasan seterusnya. INSY'ALLAH
0 comments:
Post a Comment