kekadang
mereka mesra
bertepuk tampar senyum ke telinga
duduk bersila punggung tak rata
satu bumbung yang ceria
kekadang
lidah lembut kasar jua bunyi
satu bumbung bergegar
hebat sungguh bedilan manusia
kekadang
mereka bingung
ada juga bengong
yang remeh mahu dibesar
hati tawar mencari pendamai
kekadang
mereka rindu
mereka fikir
mereka mahu
satu bumbung sejuk nan damai
kekadang
diam sendiri
telepon tangan
obat racun penawar
0 comments:
Post a Comment